Selamat datang! Harap blog ini membantu pencarian anda. Sila datang lagi ya =)

Wednesday, June 17, 2009

Tentang Kami...



J-Biotech Herbal Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai J-Biotech Nandan Herbal Sdn. Bhd.) telah ditubuhkan pada 14 November 2007. Ia merupakan sebuah anak syarikat Perbadanan Bioteknologi & Biodiversiti Negeri Johor (JBBC) yang misinya adalah menyepadukan aktiviti pembangunan industri bioteknologi dan biodiversiti Negeri Johor.

VISI
Meneroka industri teknologi herba bermula daripada peladangan sehingga ke pemasaran.

MISI
· Menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutamanya dalam membangunkan proses piawaian herba.
· Mewujudkan taman herba untuk mengkaji nilai-nilai penyembuhan pelbagai jenis herba.
· Mewujudkan pusat latihan pendidikan untuk pemindahan teknologi kepada usahawan dan orang awam.

OBJEKTIF
Melalui pendekatan bersepadu

1. Meneruskan perniagaan perladangan Bioteknologi untuk pasaran tempatan dan eksport.
2. Mewujudkan blok penanaman dan blok demonstrasi herba.
3. Mewujudkan herbarium yang merangkumi herba tempatan dan herba komersial India.
4. Mewujudkan kemudahan terkini penyelidikan dan pembangunan (R&D).
5. Meneruskan perniagaan sebagai pengeksport, pengimport, pengeluar, pembekal dan peniaga dalam setiap produk berkaitan bioteknologi dan biodiversiti.


PERNIAGAAN TERAS
Tapak Semaian

Menyediakan bekalan tanaman herba yang berterusan kepada orang awam, kerajaan dan sektor swasta.

Ladang Herba
Perladangan organik bersepadu bagi herba tempatan dan antarabangsa dengan penggunaan teknologi mikrobiologi.

Penyelidikan dan Pembangunan
Membangunkan penyelidikan dan formulasi menerusi kerjasama dengan agensi kerajaan dan institusi (FRIM, MARDI, IMR dan USM).

Latihan
Menyediakan latihan dan bengkel berkaitan industri pertanian untuk pembangunan kemahiran dan penambahan ilmu pengetahuan.

Perundingan
Menawarkan nasihat dan perundingan dalam pengendalian tumbuhan, perladangan kontrak, taman herba dan landskap.

PUSAT OPERASI
Pusat operasi kami terletak di Taman Tampoi Indah II, Johor Bahru. Kami mempunyai ladang seluas 300 ekar di Bio Desaru Lembah Makanan Organik di Sedili, Kota Tinggi dan ladang seluas 10 ekar di Ayer Hitam. Komponen projek di kawasan ini merangkumi infrastruktur asas, utiliti dan alat-alat perladangan, penyelidikan dan pembangunan, taman herba, Blok Demonstrasi Herba (Ayer Hitam) dan tapak semaian.

PELUANG PERNIAGAAN
Di JBTHSB, kami sentiasa melakukan penambahbaikan dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan serta memulakan dan menyediakan peluang perniagaan.

Kami juga berminat untuk berkerjasama dengan individu atau badan korporat dalam merialisasikan visi dan misi kami.

Kami mengalu-alukan kakitangan jualan untuk mendekati ami dalam memenuhi visi kami dan keperluan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment