Selamat datang! Harap blog ini membantu pencarian anda. Sila datang lagi ya =)

Tuesday, June 30, 2009

Ladang Integrasi Herba

Ladang Integrasi Herba ini terletak di dalam Bio Desaru Lembah Makanan Organik di Sedili, Johor Bahru. J-Biotech Nandan Herbal Sdn. Bhd. memiliki 300 ekar tanah untuk penanaman dan perladangan herba. Untuk maklumat lanjut berkenaan Bio Desaru, sila layari laman web http://www.biodesaru.my/.

Selain Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa), Semambu/Neem (Azadirachta indica), Serai Wangi (Cymbopogon nardus), pegaga (Centella asiatica) dan lemon tidak berbiji (Citrus limonia), kami juga menanam Safed Musli (Chlorophytum borivilianum). Safed Musli berasal dari India dan mempunyai khasiat seperti Tongkat Ali (Eurycoma longifolia).

Pada masa yang akan datang, Ladang Intergrasi Herba ini akan menggunakan sistem fertigasi untuk pengairan. Kami bercadang untuk menanam tanaman herba singkat masa dan mengadakan tapak semaian. Selain itu, kami berminat untuk melaksanakan perladangan herba terbuka memandangkan Bio Desaru mempunyai keadaan semulajadi yang bersesuaian - tanah tebing yang luas, landskap yang beralun, sungai dan air tawar yang jernih serta mengadap laut - untuk merealisasikan cadangan tersebut.

Friday, June 26, 2009

Blok Demonstrasi Herba

Blok Demonstrasi Herba, Ayer Hitam terletak di dalam Pusat Pertanian Ayer Hitam. Jika anda datang ke sini dengan memandu kereta dari Johor Bahru, hanya kurang daripada satu jam diperlukan.

Sebanyak 22 jenis tanaman herba ditanam di ladang seluas 10 ekar ini. Antaranya adalah misai kucing, mahkota dewa, mulberi, pecah beling dan banyak lagi. Kesemua tanaman herba ini mempunyai nilai yang tinggi dalam industri farmaseutikal, nutraseutikal dan kosmetik.

Kami mengamalkan penanaman organik untuk memaksimumkan kualiti produk kami. Perkataan `Bio Natural Herbs' yang terdapat di laman web kami (menyerupai singkatan nama j-BNH) menggambarkan cara penanaman yang organik untuk menghasilkan herba yang sepenuhnya semulajadi-bebas bahan kimia.

Salah satu kemudahan yang terdapat di Blok Demonstrasi Herba ini ialah Pusat Informasi. Di sini, pengunjung akan memeperolehi maklumat tentang kebaikan herba yang ditanam di sini. Terdapat juga penjualan produk hiliran yang biasanya dijual ketika terdapat pameran atau lawatan di Blok Demonstrasi Herba ini.

Kami bersedia untuk menerima kunjungan anda. Hubungilah kami!

Tel: 07-241 1810 Fax: 07-241 1812 email: alijah.jbnhsb@gmail.com

Wednesday, June 17, 2009

Tentang Kami...



J-Biotech Herbal Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai J-Biotech Nandan Herbal Sdn. Bhd.) telah ditubuhkan pada 14 November 2007. Ia merupakan sebuah anak syarikat Perbadanan Bioteknologi & Biodiversiti Negeri Johor (JBBC) yang misinya adalah menyepadukan aktiviti pembangunan industri bioteknologi dan biodiversiti Negeri Johor.

VISI
Meneroka industri teknologi herba bermula daripada peladangan sehingga ke pemasaran.

MISI
· Menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutamanya dalam membangunkan proses piawaian herba.
· Mewujudkan taman herba untuk mengkaji nilai-nilai penyembuhan pelbagai jenis herba.
· Mewujudkan pusat latihan pendidikan untuk pemindahan teknologi kepada usahawan dan orang awam.

OBJEKTIF
Melalui pendekatan bersepadu

1. Meneruskan perniagaan perladangan Bioteknologi untuk pasaran tempatan dan eksport.
2. Mewujudkan blok penanaman dan blok demonstrasi herba.
3. Mewujudkan herbarium yang merangkumi herba tempatan dan herba komersial India.
4. Mewujudkan kemudahan terkini penyelidikan dan pembangunan (R&D).
5. Meneruskan perniagaan sebagai pengeksport, pengimport, pengeluar, pembekal dan peniaga dalam setiap produk berkaitan bioteknologi dan biodiversiti.


PERNIAGAAN TERAS
Tapak Semaian

Menyediakan bekalan tanaman herba yang berterusan kepada orang awam, kerajaan dan sektor swasta.

Ladang Herba
Perladangan organik bersepadu bagi herba tempatan dan antarabangsa dengan penggunaan teknologi mikrobiologi.

Penyelidikan dan Pembangunan
Membangunkan penyelidikan dan formulasi menerusi kerjasama dengan agensi kerajaan dan institusi (FRIM, MARDI, IMR dan USM).

Latihan
Menyediakan latihan dan bengkel berkaitan industri pertanian untuk pembangunan kemahiran dan penambahan ilmu pengetahuan.

Perundingan
Menawarkan nasihat dan perundingan dalam pengendalian tumbuhan, perladangan kontrak, taman herba dan landskap.

PUSAT OPERASI
Pusat operasi kami terletak di Taman Tampoi Indah II, Johor Bahru. Kami mempunyai ladang seluas 300 ekar di Bio Desaru Lembah Makanan Organik di Sedili, Kota Tinggi dan ladang seluas 10 ekar di Ayer Hitam. Komponen projek di kawasan ini merangkumi infrastruktur asas, utiliti dan alat-alat perladangan, penyelidikan dan pembangunan, taman herba, Blok Demonstrasi Herba (Ayer Hitam) dan tapak semaian.

PELUANG PERNIAGAAN
Di JBTHSB, kami sentiasa melakukan penambahbaikan dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan serta memulakan dan menyediakan peluang perniagaan.

Kami juga berminat untuk berkerjasama dengan individu atau badan korporat dalam merialisasikan visi dan misi kami.

Kami mengalu-alukan kakitangan jualan untuk mendekati ami dalam memenuhi visi kami dan keperluan alam sekitar.

Wednesday, June 10, 2009

Semambu/Neem (Azadirachta indica)


Morfologi
Batang
•Agak pendek, tegak dan berdiameter 1.2 m (4 kaki). Kulitnya keras, bersisik dan berwarna putih kelabu hingga merah keperangan.
Daun
•Berselang-seli, panjangnya 20-40 cm, daun berbentuk tidak simetri, hujungnya bergerigi, di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya yang lebih jelas dengan berwarna sedikit kekuningan.
Bunga
•Bunga berwarna putih dan berbau harum, mempunyai bunga betina dan bunga jantan.
Buah
•Licin, berbentuk bujur dan bulat.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
•Tumbuhan ini mampu bertahan dalam keadaan cuaca atau keadaan tanah yang kering.
•Banyak digunakan dalam upacara keagamaan masyarakat India.
•Biasa digunakan dalam teknik perubatan Ayurveda.
•Minyak yang diestrak dari pokok mambu boleh digunakan sebagai racun perosak yang selamat dan mesra alam.

Khasiat ubatan
•Salah satu bahan utama formula pembersihan darah dan melegakan masalah berkaitan diabetes.
•Bunga, benih, buah, akar dan kulit pokok semambu boleh digunakan untuk melegakan keradangan, jangkitan, demam panas, penyakit kulit dan penyakit gigi.
•Daun semambu mempunyai ciri-ciri antibakteria dan mampu menyingkirkan toksik dalam darah berupaya mengatasi masalah kulit seperti jerawat, ekzema, psoriasis kudis buta dan cacar air.

Dukung Anak (Phyllanthus niruri)


Morfologi
Batang
•Licin, berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka.
Daun
•Kecil, berwarna hijau, tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm, daun tidak bertangkai tetapi mempunyai tangkai majmuk.
Bunga
•Berwarna putih kekuningan, tersangat kecil (1 mm panjang), dua jenis; jantan dan betina.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
•Merupakan pokok herba yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi.
•Tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras (di celah retakan simen), di kebun-kebun sayur dan tanah terbiar.
•Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana dianggap sebagai rumpai yang sukar dikawal.
•Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan.

Khasiat ubatan
•Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap.
•Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir.
•Daunnya boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular.
•Pokok digunakan sebagai herba perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis, penyakit berkaitan hati dan hepatitis B.

Safed Musli (Chlorophytum borivilianum)

Morfologi
Daun
•Meruncing ke hujung.
Akar
•Mempunyai sistem akar seperti umbi.
Biji benih
•Berwarna hitam dan mempunyai sudut tepi yang tajam.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
•Bahan perubatan purba yang telah diguna pakai dalam penyediaan beratus formulasi berasaskan Ayurveda.

Khasiat ubatan
•Amat berkesan terhadap sistem saraf dalam meningkatkan kehendak seksual dan memperbaiki hubungan seksual.
•Meningkatkan kekuatan sistem imuniti keseluruhannya.
•Berfungsi sebagai ubat kuat asli dan agen anti-pengoksidaan.
•Mampu memperbaiki sistem imunisasi sebelum dan selepas bersalin.

Serai Wangi (Cymbopogon nardus)

Morfologi
Daun
•Tirus, panjang (70-80 cm) dan lebar (2-5 cm), berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang kuat.
Bunga
•Jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
•Menambahkan aroma hidangan dan meringankan kesan keracunan makanan.
•Sebagai haruman dalam industri pembuatan aromaterapi.
•Digunakan dalam menghasilkan minyak urut.

Khasiat ubatan
•Merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.
•Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin.
•Merawat kesihatan sistem dalaman badan.
•Membantu mengimbangi kestabilan hormon.
•Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kencing.

Tongkat Ali (Eurycoma longifolia)


Morfologi
Daun
•Berbentuk bujur (2-3 cm lebar, 8-10 cm panjang).
•Tersusun secara berpasangan pada satu tangkai (panjang hingga 100cm).
•Terdapat 20-30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun.
•Tangkai daun tersusun secara ’spiral’, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
•Tongkat Ali didapati tumbuh di hutan malar hijau di Asia Tenggara.
•Merupakan tanaman jenis saka.
•Tumbuh menegak tanpa cabang.
•Di hutan, ia tumbuh dengan kadar yang perlahan, boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm.

Khasiat ubatan
•Tongkat Ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (’aphrodisiac’).
•Secara tradisi ia digunakan untuk merawat pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.
•Tongkat Ali boleh meningkatkan paras testosteron (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).

Pecah Beling (Strobilanthes crispus)


Morfologi
Batang
•Berbentuk bulat, berbulu dan berwarna hijau.
Daun
•Berbentuk segiempat bujur, bahagian atas berwarna hijau gelap dan lebih lembut, diliputi bulu-bulu halus.
Bunga
•Pendek, padat dan padat, berduri.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
•Mudah tumbuh di kawasan hutan, tebing sungai dan tanah terbiar pada ketinggian 50 hingga 1200 dari paras laut.
•Pokok renek ini boleh mencapai ketinggian 1 hingga 2 meter.
•Daunnya mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%), fosforus (1%) dan vitamin C, B1, B2 (menyumbang kepada jumlah antioksidan yang tinggi).

Khasiat ubatan
•Ekstrak air pecah beling mempunyai kompoun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus (AIDS) dan sel leukemia.
•Merencatkan pertumbuhan sel kanser colon, kanser hati dan kanser payudara.
•Meningkatkan paras jumlah aktiviti antioksidan untuk melindungi badan daripada radikal bebas.
•Berkesan sebagai anti-mikrob yang menyebabkan karies gigi.
•Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.

Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa)

Morfologi
Akar
•Tunjang dan berwarna kuning kecoklatan.
Batang
•Batangnya bulat, permukaanya kasar, berwarna coklat, berkayu dan bergetah.
Daun
•Berdaun tunggal, mempunyai tangkai pendek, hujung dan pangkalnya runcing, tepi rata, permukaan licin, warnanya hijau tua.
Bunga
•Berbunga sepanjang tahun, berukuran kecil, berwarna putih dan harum.
Buah
•Bentuknya bulat, diameter 3-5 cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan berwarna merah menyala setelah masak.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
•Ditanam sebagai tanaman peneduh. Ukurannya tidak terlalu besar dengan tinggi mencapai 3 meter.

Khasiat ubatan
•Buahnya digunakan untuk mengubati penyakit kulit dan penyakit alahan terhadap histamin seperti gatal-gatal, selsema dan sesak nafas.
•Mengurangkan risiko sakit jantung, kadar kolestrol dan kadar gula dalam darah.
•Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah.

Mulberi (Morus alba)


Morfologi
Batang
- Berkayu yang banyak cabang, silara bentuk bulat, batang pokok gemuk, dan ranting kurus.
Daun
- Jenis ringkas dalam susunan berpilin, bentuk seperti jantung, hujung daun tirus tajam, tepi daun bergerigi.
Bunga
-Halus dalam jambak bunga 1-4 cm panjang.
Buah
-Buah muda agak bergetah dan mempunyai ciri halusigenik.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
-Buah boleh dimakan segar, dibuat jem, jeli, minuman dan air tapai.
-Mulberi digunakan untuk menghasilkan perisa dan pewarna berasaskan mulberi.
-Daun mulberi merupakan sumber makanan utama kepada ulat sutera dalam industri pembuatan sutera.
-Kulit kayunya dijadikan serabut bahan pengikat, menenun, menganyam, dan diproses menjadi kertas.
-Kayunya pula dibuat perahu dan alat-alat sukan.

Khasiat ubatan
-Seluruh bahagian boleh digunakan sebagai ubat herba.
-Daun Mulberi berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit-sakit otot terutamanya pada lutut.
-Air rebusan ranting, buah dan kulit akarnya diminum untuk memulihkan lemah badan, melawaskan buang air kecil, melegakan dada, merawat asma, batuk, busung, reumatisme, sampuk, sakit dada, dan sebagai tonik.

Misai Kucing (Orthosiphon stamineus)


Morfologi
Batang
•Bersegi empat, berwarna hijau kemerahan, tumbuh tegak, mempunyai cabang yang banyak.
Daun
•Ringkas, nipis, berbentuk mata lembing atau bujur telur, berwarna hijau berkilat, bahagian tepi daun rata atau bergerigi.
Bunga
•Bunga pada jambak di hujung ranting, kelopak bunga berwarna hijau berbentuk lonjong dan mengandungi 5 bunga, petal bunga berwarna putih, ungu muda atau ungu, stamen bunga hingga 2 cm lebih panjang daripada petal - menyebabkan pokok ini dikenali sebagai misai kucing.
Buah
•Leper dan memanjang.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
•Pokok herba renek tropika yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter.
•Daun dibancuh sebagai teh herba.

Khasiat Ubatan
•Daun segar dikunyah dan ditelan untuk merangsang muntah.
•Air rebusan daun segar atau daun kering diminum bagi melawaskan pembuangan air kecil, merawat alergi, diabetes, arteriosclerosis, batu karang, gout, busung, jangkitan pada sistem air kecil, masalah ginjal, pundi kencing, radang, reumatisme (sakit sendi), dan tekanan darah tinggi.

Monday, June 8, 2009

Senarai Produk Herba J-BioTech Herbal

Daun herba segar (in bulk):
1. Dukung anak (hijau) (Phyllanthus niruri) RM 3.50/kg
2. Dukung anak (merah) (Phyllanthus urinaria) RM 3.50/kg
3. Misai kucing (Orthosiphon aristatus) RM 3.00/kg
4. Mulberi (Morus alba) RM 3.50/kg
5. Pecah beling (Strobilanthes crispus) RM 3.50/kg
6. Serai wangi (Cymbopogon nardus) RM 3.00/kg

Daun herba kering (in bulk):
1. Dukung anak (hijau) (Phyllanthus niruri) RM 70.00/kg
2. Dukung anak (merah) (Phyllanthus urinaria) RM 70.00/kg
3. Misai kucing (Orthosiphon aristatus) RM 70.00/kg
4. Mulberi (Morus alba) RM 50.00/kg
5. Pecah beling (Strobilanthes crispus) RM 40.00/kg
6. Serai wangi (Cymbopogon nardus) RM 40.00/kg

Buah segar:
1. Mulberi (Morus alba) RM 25.00/kg

Buah kering:
1. Mahkota dewa (Phaleria macrocarpa)
Gred A RM 120.00/kg
Gred B RM 80.00/kg

Ekstrak:
1. Mulberi (Morus alba) (50g) RM45.00/botol

Anak pokok Polibeg kecil (6" x 9"):
1. Cili padi (Capsicum frutenscens) RM 8.00
2. Dukung anak (Phyllanthus niruri) RM 5.00
3. Halia (Zingiber officinale) RM 5.00
4. Hempedu bumi (Andrographis paniculata) RM 6.00
5. Kari (Murraya koenigii) RM 6.00
6. Kunyit (Curcuma longa) RM 5.00
7. Limau purut (Citrux hystrix) RM 5.00
8. Mahkota dewa (Phaleria macrocarpa) RM 10.00
9. Mas cotek (Ficus deltoidea) RM 10.00
10. Misai kucing (Orthosiphon aristatus) RM 5.00
11. Mulberi (Morus alba) RM 10.00
12. Naga buana (Phyllanthus pulcher) RM 8.00
13. Pecah beling (Strobilanthes crispus) RM 8.00
14. Petawali (Tinospora crispa) RM 8.00
15. Semambu/Neem (Azadirachta indica) RM 10.00
16. Stevia (Stevia rebaudiana) RM 15.00

Anak pokok Polibeg besar (12” x 10”):
1. Ginseng jepun (Panax japanica) RM 20.00
2. Halia (Zingiber officinale) RM 10.00
3. Hempedu bumi (Andrographis paniculata) RM 12.00
4. Kunyit (Curcuma longa) RM 10.00
5. Mahkota dewa (Phaleria macrocarpa) RM 20.00
6. Mas cotek (Ficus deltoidea) RM 20.00
7. Misai kucing (Orthosiphon aristatus) RM 10.00
8. Naga buana (Phyllanthus pulcher) RM 16.00
9. Pecah beling (Strobilanthes crispus) RM 16.00
10. Petawali (Tinospora crispa) RM 16.00
11. Serai wangi (Cymbopogon nardus) RM 10.00

Produk hiliran:
1. Buah Mahkota Dewa Kering (100g) RM 15.00/bungkus
2. Daun Misai Kucing (50g) RM 10.00/bungkus
3. Daun Mulberi (25g) RM 10.00/bungkus
4. Daun Pecah Beling (25g) RM 10.00/bungkus
5. Teh Misai Kucing (80g) RM 13.00/botol
6. Teh Mulberi (80g) RM 13.00/botol
7. Teh Pecah Beling (80g) RM 13.00/botol
8. Kordial Mulberi (500ml) RM 10.00/botol
9. Jem Mulberi (100g) RM 4.00/botol
10. Mulberry Spread (250g) RM 10.00/botol

Set mini fertigasi:
1. Pakej 20 polibeg RM 280.00
2. Pakej 50 polibeg RM 450.00
(*Kelengkapan pakej termasuk:
a. Drippers
b. Nipper
c. Poly pipe - 16mm
d. Micro tube - 4mm
e. UV polibeg - 16" x 16"
f. Media tanaman - Sabut kelapa
g. Pam mini
h. Timer
i. Air baja - Set A & Set B)