Selamat datang! Harap blog ini membantu pencarian anda. Sila datang lagi ya =)

Projek Cendawan


Rumah cendawan di bangunan G 21, Jalan Mawar 4, Park Avenue Commercial Centre, Taman Tampoi Indah II 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.


Bahan keperluan untuk penyediaan tisu kultur dan benih cendawan.




Penyediaan benih tulin dibuat dengan cara Tisu Didik (Tissue Culture). Segala kerja mestilah dijalankan dalam keadaan aseptik dan peralatan sentiasa steril bagi mengelakkan pencemaran (contamination).




Pilih cendawan yang besar dan cantik bentuknya.


Ambil secebis tisu dari bahagian dalam batang cendawan. Letakkan di atas PDA yang telah disediakan dalam tabung uji dan tutup dengan kapas.


Biarkan selama 2 minggu di dalam inkubator 25o C – 28o C atau pada suhu bilik untuk maisilia berkembang biak.


Bagi memudahkan pengurusan operasi dan aktiviti di makmal, keperluan peralatan makmal dan bahan mentah masih dalam proses penyediaan.


Kerja pembinaan dan persiapan rumah cendawan di bangunan G 21, Jalan Mawar 4, Park Avenue Commercial Centre, Taman Tampoi Indah II bermula pada 19/10/2010.


Terdapat sebanyak 2,500 bongkah cendawan yang ditempatkan di sini. Kami akan menambahkan penanaman cendawan pada masa akan datang.


Penuaian Cendawan Tiram