Selamat datang! Harap blog ini membantu pencarian anda. Sila datang lagi ya =)

Tentang Kami


Nama Syarikat: J-BIOTECH HERBAL SDN BHD (C0. No : 795637-W)

Sebelum ini dikenali sebagai: J-Biotech Nandan Herbal Sdn Bhd
Sub-syarikat: Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (JBBC)

Tarikh ditubuhkan: 14th November 2007

Alamat: G-17, Park Avenue Commercial Centre, Jalan Mawar 4, Taman Tampoi Indah 2, 81200 Johor Bahru, Johor

Tel: 07-2411816 

Fax: 07-2411812

Waktu Kerja: Isnin – Jumaat (8.30 pagi - 5.30 petang)

Visi: Untuk menerokai industri teknologi herba dari pertanian ke pasaran

Misi:
1. Menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutamanya dalam membangunkan proses piawaian herba.
2. Mewujudkan taman herba untuk mengkaji nilai-nilai penyembuhan pelbagai jenis herba.

3. Mewujudkan pusat latihan pendidikan untuk pemindahan teknologi kepada usahawan dan orang awam. 

Objektif:
1. Meneruskan perniagaan perladangan Bioteknologi untuk pasaran tempatan dan eksport.
2. Mewujudkan blok penanaman dan blok demonstrasi herba.
3. Mewujudkan herbarium yang merangkumi herba tempatan dan luar negara.
4. Mewujudkan kemudahan terkini penyelidikan dan pembangunan (R&D).
5. Meneruskan perniagaan sebagai pengeksport, pengimport, pengeluar, pembekal dan peniaga dalam setiap produk berkaitan bioteknologi dan biodiversiti. 

Teras Perniagaan:
1, Tapak Semaian
Menyediakan bekalan tanaman herba yang berterusan kepada orang awam, kerajaan dan sektor swasta.
2, Ladang Herba
Perladangan organik bersepadu bagi herba tempatan dan antarabangsa dengan penggunaan teknologi mikrobiologi.
3, Penyelidikan dan Pembangunan
Membangunkan penyelidikan dan formulasi menerusi kerjasama dengan agensi kerajaan dan institusi (FRIM, MARDI, IMR dan USM).
4, Latihan
Menyediakan latihan dan bengkel berkaitan industri pertanian untuk pembangunan kemahiran dan penambahan ilmu pengetahuan.
5, Perundingan
Menawarkan nasihat dan perundingan dalam pengendalian tumbuhan, perladangan kontrak, taman herba dan landskap.

Pusat Operasi:
Pusat operasi kami terletak di Taman Tampoi Indah II, Johor Bahru. Kami mempunyai ladang seluas 10 ekar di Ayer Hitam. Komponen projek di kawasan ini merangkumi infrastruktur asas, utiliti dan alat-alat perladangan, penyelidikan dan pembangunan, taman herba, Blok Demonstrasi Herba (Ayer Hitam) dan tapak semaian.


Projek:
1) Blok Demonstrasi Herba seluas 10 ekar di Ayer Itam
2) Produk Berasaskan Herba


Produk: Pokok kecil, produk herba, cendawan, Cookies (Tongkat Ali)