Selamat datang! Harap blog ini membantu pencarian anda. Sila datang lagi ya =)

Blok Demonstrasi Herba


Blok Demonstrasi Herba, Ayer Hitam terletak di dalam Pusat Pertanian Ayer Hitam. Jika anda datang ke sini dengan memandu kereta dari Johor Bahru, hanya kurang daripada satu jam diperlukan.


Sebanyak 22 jenis tanaman herba ditanam di ladang seluas 10 ekar ini. Antaranya adalah misai kucing, mahkota dewa, mulberi, pecah beling dan banyak lagi. Kesemua tanaman herba ini mempunyai nilai yang tinggi dalam industri farmaseutikal, nutraseutikal dan kosmetik.


Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa)


Hempedu Bumi (Andrographis paniculata)



Mulberi (Morus alba)


Mas Cotek (Ficus deltoidea)


Misai Kucing (Orthosiphon stamineus)

Kami mengamalkan penanaman organik untuk memaksimumkan kualiti produk kami. Perkataan `Bio Natural Herbs' yang terdapat di laman web kami (menyerupai singkatan nama j-BNH) menggambarkan cara penanaman yang organik untuk menghasilkan herba yang sepenuhnya semulajadi-bebas bahan kimia.



Salah satu kemudahan yang terdapat di Blok Demonstrasi Herba ini ialah Pusat Informasi. Di sini, pengunjung akan memperolehi maklumat tentang kebaikan herba yang ditanam di sini. Terdapat juga penjualan produk hiliran yang biasanya dijual ketika terdapat pameran atau lawatan di Blok Demonstrasi Herba ini.



Kami bersedia untuk menerima kunjungan anda. Hubungilah kami!