Selamat datang! Harap blog ini membantu pencarian anda. Sila datang lagi ya =)

Friday, July 30, 2010

Mas Cotek (Ficus deltoidea)


Morfologi
Daun
- Bentuk daun adalah berbeza mengikut aksesi. Daun yang besar dan bulat diklasifikasikan sebagai emas cotek betina dan yang lebih kecil dan lonjong sebagai emas cotek jantan. Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaannya manakala di bawah permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Emas cotek banyak terdapat di semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Kalimantan.
- Sejenis tanaman epifit yang hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar hanya untuk mendapatkan cahaya matahari.
- Mengandungi bahan aktif seperti Flavonoid, Tannis, Triterpenoids dan Phenol yang diperlukan oleh badan manusia.

Khasiat ubatan
- Berkhasiat untuk sistem reproduktif wanita dan air rebusan keseluruhan pokok ini diminum oleh wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim pada keadaan asal.
- Digunakan oleh wanita untuk merawat keputihan dan melawaskan haid.
- Berupaya mencegah dan menyembuhkan penyakit-penyakit seperti paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, menlancarkan peredaran darah dan rawatan sakit kulit.

Hempedu Bumi (Andrographis paniculata)



Morfologi
Batang
Berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun.
Daun
Berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di permukaan bawah.
Bunga
Kecil dan berwarna ungu.
Buah
Bersaiz purata 25mm panjang dan 3mm lebar. Pada peringkat awal, buahnya berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi coklat muda. Pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu.
Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90cm.
Andrographolide adalah juzuk major yang diekstrak dari pokok ini dan Flavonoid terdapat dalam akar hempedu bumi.

Khasiat ubatan
Boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus dan pencair kahak.
Digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar dan dapat menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan.
Mempercepatkan pembekuan darah dan sesuai untuk merawat gigitan serangga dan luka.

Set Mini Fertigasi J-Biotech Herbal Sdn Bhd

Fertigasi ("Fertigation" dalam bahasa Inggeris) adalah berasal daripada cantuman dua perkataan, iaitu "fertilization" dan "irrigation". Dalam sistem fertigasi, proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman akan berjalan serentak. Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah.

Tujuan asal fertigasi adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkit penyakit akar dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. Untuk tujuan ini, rumah tanaman atau struktur pelindung hujan (SPH) diperlukan. Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, fertigasi juga bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena hujan) dan membuatkan pemberian baja tidak berkesan.

Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi dan penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga rendah. Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.

Pakej Set Mini Fertigasi JBTH


Pakej lengkap untuk 20 pokok
- RM 280.00

Pakej lengkap untuk 50 pokok
- RM 450.00

Kelengkapan pakej termasuk:
  1. Drippers
  2. Nipper
  3. Poly pipe - 16mm
  4. Micro tube - 4mm
  5. UV polibeg- 16"x16"
  6. Media tanaman - sabut kelapa
  7. Pam mini
  8. Timer
  9. Air baja - set A & set B