Selamat datang! Harap blog ini membantu pencarian anda. Sila datang lagi ya =)

Tuesday, August 3, 2010

Halia Bara (Zingiber officinale var rubrum Rosc.)


Morfologi
Rizom
- Berwarna merah dan terasa pedas, lebih kecil dari rizom halia biasa.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Halia bara merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan.
- Ia juga dikenali sebagai halia merah dan sukar didapati.
- Pokoknya boleh mencapai ketinggian antara 15-30cm.

Khasiat ubatan
- Halia bara digunakan untuk membuang angin dari dalam tubuh, merawat kesan gigitan serangga, melegakan demam, merawat resdung dan mengurangkan sengal-sengal sendi.
- Untuk merawat demam dan membuang angin dalam badan, caranya ialah dengan menrendam rizom atau batangnya dalam air dan diminum.
- Ia juga digunakan oleh wanita bersalin untuk mengecutkan rahim. Seluruh pokok direbus dan digunakan untuk mandi.

Kesum (Polygonum minus)


Morfologi
Batang
- Berbentuk silinder dan berwarna hijau dengan sedikit kemerah-merahan. Mempunyai ruas dan buku yang pendek yang mudah berakar.
Daun
- Panjang, runcing dan berbentuk anak panah (5-7cm panjang dan 0.5-2.0cm lebar). Tersusun secara berselang pada batang, berwarna hijau tua dan sangat aromatik.
Bunga
- Terdapat di hujung pucuk dan berbentuk kecil. Berwarna putih keunguan.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Merupakan sejenis tumbuhan yang renek, lampai, menjalar dan boleh tumbuh mencapai ketinggian 1m di dataran rendah dan sehingga 1.5m di tanah tinggi.
- Pokok kesum mudah ditanam terutamanya di kawasan lembap yang berair.
- Daunnya digunakkan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan.
- Pokok kesum kaya dengan Beta Karotena, Vitamin A, C dan juga bahan galian seperti Kalium, Kalsium dan Fosforus.

Khasiat ubatan
- Digunakan untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur.
- Untuk masalah perut tidak hadam, daun kesum direbus dan airnya diminum.
- Untuk merawat masalah kelemumur, daun kesum ditumbuk kemudian diperah. Air perahan tersebut dicampur dengan sedikit air sebelum digosok ke kulit kepala. Biarkan selama 3 hingga 5 minit dan bilas dengan air bersih.

Monday, August 2, 2010

Pegaga (Centella asiatica)


Morfologi
Daun
- Berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi bersifat licin atau bergerigi mengikut jenisnya. Panjang tangkai daun boleh mencapai 15cm mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman.
Bunga
- Kelopak bunga berwarna putih atau merah jambu.
Buah
- Berbentuk pipih dan berukuran lebih kurang 3mm dan kelihatan seperti biji cili.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Merupakan sejenis pokok ulam yang terdapat di Malaysia serta di negara-negara ASEAN.
- Tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput, padang, kebun, tepi jalan dan sebagainya.
- Kaya dengan pelbagai zat seperti Vitamin A, C, zat besi, gentian dan protein.
- Amalan memakan daun pegaga dikatakan dapat mengekalkan awet muda dan mengelakkan kegemukan.
- Mengandungi bahan aktif seperti Triterpenoid, Glikosida, Flavenoids, Asid Centellik, Asid Amino dan Pektin.

Khasiat ubatan
- Daun pegaga dapat menyihatkan dan mengurangkan panas badan dengan meminum air perahan daunnya dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah dan lelah.
- Boleh mengubati penyakit nyanyuk, selsema, sakit kuning serta menjadi penawar bagi gigitan ular dan keracunan cendawan.
- Pegaga adalah penawar alahan, antikanser, pelawas air kencing, penawar batu karang, penawar kencing berdarah, penawar ulser, merangsang peredaran darah, cirit-birit dan menurunkan tekanan darah.
- Air rebusan akar pokok pegaga dapat mengawal paras gula dalam darah dalam kalangan pesakit diabetik.
- Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Vanila (Vanilla planifolia)


Morfologi
Batang
- Batangnya berisi, panjang dan berwarna hijau.
Daun
- Tersusun berselang seli dan berisi. Urat daun adalah jenis selari.
Bunga
- Berwarna kuning dan oren, berbau wangi. Jambak bunga pada ketiak daun dan terdapat 6-30 bunga pada satu jambak.
Buah
- Jenis kapsul dan berbentuk silinder. Berwarna hijau sebelum masak dan berwarna kuning selepas masak.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Pokok vanila adalah sejenis spesies dari keluarga orkid dan ia merupakan sejenis pokok memanjat yang berasal dari Mexico. Tetapi pengeluar utama vanila asli ialah Madagaskar dan Indonesia.
- Pokok pelindung diperlukan sebab ia adalah tanaman tropika yang tidak boleh tumbuh secara semulajadi pada suhu yang tinggi.
- Dijadikan sebagai pewangi dan bahan perasa dalam minuman dan aiskrim kerana ia mempunyai bau yang sangat wangi.
- Mengandungi bahan seperti Vanilin, Kalsium Oksalat, Fenol, Alkana dan Alkena.

Khasiat ubatan
- Vanilin yang terkandung dalam pokok vanila bersifat antikarsinogenik, antiklastrogen, antimutagenik dan antivirus.
- Asid vanilik pula bersifat antiinflamasi, antioksida dan antibakteria.
- Ubatan yang berasaskan ekstrak vanila mampu menyembuhkan mati pucuk.
- Mengikut kajian saintis, bau vanila boleh 'menipu' otak untuk menghilangkan rasa lapar.

Temu Kunci (Boesenbergia rotunda)


Morfologi
Akar
- Berisi seperti ubi yang 5-30cm panjang dan berbau wangi. Rizom dan akar berwarna perang kekuningan di luar dan kuning cerah di dalam.
Bunga
- Jambak bunganya terletak di hujung ranting dan terdapat lebih kurang 10 bunga pada satu jambak bunga.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Temu kunci adalah sejenis rempah ratus yang biasanya digunakan dalam masakan di Asia Tenggara.
- Bentuk temu kunci agak berbeza dengan temu-temuan yang lain kerana ubinya tumbuh menegak ke bawah.
- Kandungan kimia yang terdapat dalam temu kunci antaranya adalah minyak atsiri, damar, pati, Saponin, Flavonoid, Pinostrolerin dan Alipipinetin.

Khasiat ubatan
- Rempah, rimpang dan umbi temu kunci digunakan untuk mengubati sariawan, masuk angin, kembung perut, sukar buang air besar, keputihan, gatal, panas dalam dan tuberkulosis.
- Temu kunci yang segar dibersihkan dengan secukupnya, dikunyah dan ditelan untuk merawat sariawan.
- Ia juga digunakan sebagai jamu selepas bersalin untuk melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kecergasan badan.

Temu Lawak (Curcuma xanthorrhiza)


Morfologi
Batang
- Setiap batang mempunyai 2 hingga 9 helai daun.
Daun
- Berwarna hijau atau coklat keunguan terang hingga gelap dan berbentuk bundar memanjang.
Bunga
- Berwarna kuning.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Hampir menyerupai kunyit.
- Mempunyai bau wangi pada keseluruhan pokok, terutama pada rizomnya, dan rasanya sedikit pahit dan manis.
- Mengandungi sebatian volatile oil, Cucurminoids dan kanji.
- Membiak melalui pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembap dan terdedah terus kepada cahaya matahari.
- Banyak digunakan dalam perusahaan kosmetik kerana dapat menjadi agen pencegah penuaan.

Khasiat ubatan
- Menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita.
- Boleh mengubati rheumatik dan kesakitan pada otot.
- Merupakan ubat demam (anti-pyretic).
- Mengubati masalah hati, demam kuning, penyakit batu karang dan penyakit kulit.
- Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang.
- Merawat buasir, masalah kerengsaan pada rektum, berak berdarah, disentri dan sembelit.
- Mengubati batuk dan demam pada kanak-kanak.
- Merawat masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti Candida albican pada vagina.
- Merawat penyakit kencing manis, gastrik dan gas berlebihan.

Ginseng Jepun (Panax japanica)


Morfologi
Bunga
- Hermaphrodite (mempunyai kedua-dua organ pembiakan jantan dan betina).

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Akarnya mengandungi 5% Saponin dan boleh digunakan sebagai sabun.
- Tumbuhan ini boleh hidup di kawasan yang teduh (deep woodlands), separuh teduh (light woodlands) dan ia memerlukan tanah yang lembap.
- Mengandungi bahan aktif yang dipanggil Ginsenosides.

Khasiat ubatan
- Meningkatkan daya ketahanan badan.
- Sebagai ubat batuk untuk merawat masalah berkaitan paru-paru.
- Sebagai bahan antidemam dan meningkatkan fisiologi badan.