Selamat datang! Harap blog ini membantu pencarian anda. Sila datang lagi ya =)

Monday, August 2, 2010

Pegaga (Centella asiatica)


Morfologi
Daun
- Berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi bersifat licin atau bergerigi mengikut jenisnya. Panjang tangkai daun boleh mencapai 15cm mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman.
Bunga
- Kelopak bunga berwarna putih atau merah jambu.
Buah
- Berbentuk pipih dan berukuran lebih kurang 3mm dan kelihatan seperti biji cili.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Merupakan sejenis pokok ulam yang terdapat di Malaysia serta di negara-negara ASEAN.
- Tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput, padang, kebun, tepi jalan dan sebagainya.
- Kaya dengan pelbagai zat seperti Vitamin A, C, zat besi, gentian dan protein.
- Amalan memakan daun pegaga dikatakan dapat mengekalkan awet muda dan mengelakkan kegemukan.
- Mengandungi bahan aktif seperti Triterpenoid, Glikosida, Flavenoids, Asid Centellik, Asid Amino dan Pektin.

Khasiat ubatan
- Daun pegaga dapat menyihatkan dan mengurangkan panas badan dengan meminum air perahan daunnya dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah dan lelah.
- Boleh mengubati penyakit nyanyuk, selsema, sakit kuning serta menjadi penawar bagi gigitan ular dan keracunan cendawan.
- Pegaga adalah penawar alahan, antikanser, pelawas air kencing, penawar batu karang, penawar kencing berdarah, penawar ulser, merangsang peredaran darah, cirit-birit dan menurunkan tekanan darah.
- Air rebusan akar pokok pegaga dapat mengawal paras gula dalam darah dalam kalangan pesakit diabetik.
- Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment