Selamat datang! Harap blog ini membantu pencarian anda. Sila datang lagi ya =)

Tuesday, August 3, 2010

Halia Bara (Zingiber officinale var rubrum Rosc.)


Morfologi
Rizom
- Berwarna merah dan terasa pedas, lebih kecil dari rizom halia biasa.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Halia bara merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan.
- Ia juga dikenali sebagai halia merah dan sukar didapati.
- Pokoknya boleh mencapai ketinggian antara 15-30cm.

Khasiat ubatan
- Halia bara digunakan untuk membuang angin dari dalam tubuh, merawat kesan gigitan serangga, melegakan demam, merawat resdung dan mengurangkan sengal-sengal sendi.
- Untuk merawat demam dan membuang angin dalam badan, caranya ialah dengan menrendam rizom atau batangnya dalam air dan diminum.
- Ia juga digunakan oleh wanita bersalin untuk mengecutkan rahim. Seluruh pokok direbus dan digunakan untuk mandi.

Kesum (Polygonum minus)


Morfologi
Batang
- Berbentuk silinder dan berwarna hijau dengan sedikit kemerah-merahan. Mempunyai ruas dan buku yang pendek yang mudah berakar.
Daun
- Panjang, runcing dan berbentuk anak panah (5-7cm panjang dan 0.5-2.0cm lebar). Tersusun secara berselang pada batang, berwarna hijau tua dan sangat aromatik.
Bunga
- Terdapat di hujung pucuk dan berbentuk kecil. Berwarna putih keunguan.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Merupakan sejenis tumbuhan yang renek, lampai, menjalar dan boleh tumbuh mencapai ketinggian 1m di dataran rendah dan sehingga 1.5m di tanah tinggi.
- Pokok kesum mudah ditanam terutamanya di kawasan lembap yang berair.
- Daunnya digunakkan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan.
- Pokok kesum kaya dengan Beta Karotena, Vitamin A, C dan juga bahan galian seperti Kalium, Kalsium dan Fosforus.

Khasiat ubatan
- Digunakan untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur.
- Untuk masalah perut tidak hadam, daun kesum direbus dan airnya diminum.
- Untuk merawat masalah kelemumur, daun kesum ditumbuk kemudian diperah. Air perahan tersebut dicampur dengan sedikit air sebelum digosok ke kulit kepala. Biarkan selama 3 hingga 5 minit dan bilas dengan air bersih.

Monday, August 2, 2010

Pegaga (Centella asiatica)


Morfologi
Daun
- Berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi bersifat licin atau bergerigi mengikut jenisnya. Panjang tangkai daun boleh mencapai 15cm mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman.
Bunga
- Kelopak bunga berwarna putih atau merah jambu.
Buah
- Berbentuk pipih dan berukuran lebih kurang 3mm dan kelihatan seperti biji cili.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Merupakan sejenis pokok ulam yang terdapat di Malaysia serta di negara-negara ASEAN.
- Tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput, padang, kebun, tepi jalan dan sebagainya.
- Kaya dengan pelbagai zat seperti Vitamin A, C, zat besi, gentian dan protein.
- Amalan memakan daun pegaga dikatakan dapat mengekalkan awet muda dan mengelakkan kegemukan.
- Mengandungi bahan aktif seperti Triterpenoid, Glikosida, Flavenoids, Asid Centellik, Asid Amino dan Pektin.

Khasiat ubatan
- Daun pegaga dapat menyihatkan dan mengurangkan panas badan dengan meminum air perahan daunnya dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah dan lelah.
- Boleh mengubati penyakit nyanyuk, selsema, sakit kuning serta menjadi penawar bagi gigitan ular dan keracunan cendawan.
- Pegaga adalah penawar alahan, antikanser, pelawas air kencing, penawar batu karang, penawar kencing berdarah, penawar ulser, merangsang peredaran darah, cirit-birit dan menurunkan tekanan darah.
- Air rebusan akar pokok pegaga dapat mengawal paras gula dalam darah dalam kalangan pesakit diabetik.
- Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Vanila (Vanilla planifolia)


Morfologi
Batang
- Batangnya berisi, panjang dan berwarna hijau.
Daun
- Tersusun berselang seli dan berisi. Urat daun adalah jenis selari.
Bunga
- Berwarna kuning dan oren, berbau wangi. Jambak bunga pada ketiak daun dan terdapat 6-30 bunga pada satu jambak.
Buah
- Jenis kapsul dan berbentuk silinder. Berwarna hijau sebelum masak dan berwarna kuning selepas masak.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Pokok vanila adalah sejenis spesies dari keluarga orkid dan ia merupakan sejenis pokok memanjat yang berasal dari Mexico. Tetapi pengeluar utama vanila asli ialah Madagaskar dan Indonesia.
- Pokok pelindung diperlukan sebab ia adalah tanaman tropika yang tidak boleh tumbuh secara semulajadi pada suhu yang tinggi.
- Dijadikan sebagai pewangi dan bahan perasa dalam minuman dan aiskrim kerana ia mempunyai bau yang sangat wangi.
- Mengandungi bahan seperti Vanilin, Kalsium Oksalat, Fenol, Alkana dan Alkena.

Khasiat ubatan
- Vanilin yang terkandung dalam pokok vanila bersifat antikarsinogenik, antiklastrogen, antimutagenik dan antivirus.
- Asid vanilik pula bersifat antiinflamasi, antioksida dan antibakteria.
- Ubatan yang berasaskan ekstrak vanila mampu menyembuhkan mati pucuk.
- Mengikut kajian saintis, bau vanila boleh 'menipu' otak untuk menghilangkan rasa lapar.

Temu Kunci (Boesenbergia rotunda)


Morfologi
Akar
- Berisi seperti ubi yang 5-30cm panjang dan berbau wangi. Rizom dan akar berwarna perang kekuningan di luar dan kuning cerah di dalam.
Bunga
- Jambak bunganya terletak di hujung ranting dan terdapat lebih kurang 10 bunga pada satu jambak bunga.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Temu kunci adalah sejenis rempah ratus yang biasanya digunakan dalam masakan di Asia Tenggara.
- Bentuk temu kunci agak berbeza dengan temu-temuan yang lain kerana ubinya tumbuh menegak ke bawah.
- Kandungan kimia yang terdapat dalam temu kunci antaranya adalah minyak atsiri, damar, pati, Saponin, Flavonoid, Pinostrolerin dan Alipipinetin.

Khasiat ubatan
- Rempah, rimpang dan umbi temu kunci digunakan untuk mengubati sariawan, masuk angin, kembung perut, sukar buang air besar, keputihan, gatal, panas dalam dan tuberkulosis.
- Temu kunci yang segar dibersihkan dengan secukupnya, dikunyah dan ditelan untuk merawat sariawan.
- Ia juga digunakan sebagai jamu selepas bersalin untuk melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kecergasan badan.

Temu Lawak (Curcuma xanthorrhiza)


Morfologi
Batang
- Setiap batang mempunyai 2 hingga 9 helai daun.
Daun
- Berwarna hijau atau coklat keunguan terang hingga gelap dan berbentuk bundar memanjang.
Bunga
- Berwarna kuning.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Hampir menyerupai kunyit.
- Mempunyai bau wangi pada keseluruhan pokok, terutama pada rizomnya, dan rasanya sedikit pahit dan manis.
- Mengandungi sebatian volatile oil, Cucurminoids dan kanji.
- Membiak melalui pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembap dan terdedah terus kepada cahaya matahari.
- Banyak digunakan dalam perusahaan kosmetik kerana dapat menjadi agen pencegah penuaan.

Khasiat ubatan
- Menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita.
- Boleh mengubati rheumatik dan kesakitan pada otot.
- Merupakan ubat demam (anti-pyretic).
- Mengubati masalah hati, demam kuning, penyakit batu karang dan penyakit kulit.
- Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang.
- Merawat buasir, masalah kerengsaan pada rektum, berak berdarah, disentri dan sembelit.
- Mengubati batuk dan demam pada kanak-kanak.
- Merawat masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti Candida albican pada vagina.
- Merawat penyakit kencing manis, gastrik dan gas berlebihan.

Ginseng Jepun (Panax japanica)


Morfologi
Bunga
- Hermaphrodite (mempunyai kedua-dua organ pembiakan jantan dan betina).

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Akarnya mengandungi 5% Saponin dan boleh digunakan sebagai sabun.
- Tumbuhan ini boleh hidup di kawasan yang teduh (deep woodlands), separuh teduh (light woodlands) dan ia memerlukan tanah yang lembap.
- Mengandungi bahan aktif yang dipanggil Ginsenosides.

Khasiat ubatan
- Meningkatkan daya ketahanan badan.
- Sebagai ubat batuk untuk merawat masalah berkaitan paru-paru.
- Sebagai bahan antidemam dan meningkatkan fisiologi badan.

Cili Padi (Capsicum frutescens)


Morfologi
Daun
- Daunnya berbentuk bujur dan meruncing ke hujung.
Bunga
- Berwarna putih.
Buah
- Berbentuk bujur dan berwarna merah apabila masak. Mempunyai rasa pedas dan semakin kecil buahnya semakin pedas.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Ketinggian pokoknya antara 0.5-2.0 meter.
- Cili padi mengandungi bahan yang dipanggil Capsaicin yang memberikannya rasa pedas dan panas.

Khasiat ubatan
- Boleh merendahkan paras kolesterol dan mengubati arthritis serta rheumatism.
- Daun cili padi dapat mengubati bisul, sakit kulit dan mengatasi masalah sengal-sengal otot.
- Buah cili padi yang masak ditumbuk dan disapu pada kurap.
- Air rebusan buah cili padi boleh merawat demam, busung, gout, kepialu, sakit kuning, sakit ulu hati, penghadaman yang tidak sempurna dan juga dibuat berkumur bagi merawat sakit tekak.

Limau Purut (Citrus hystrix)


Morfologi
Daun
- Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung.
Buah
- Kulit buah limau purut berkedut, tebal dan isinya kurang berair.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Pokok limau purut berasal dari Asia dan telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
- Hidup di kawasan subur yang mempunyai saliran baik dan banyak ditanam di sekitar rumah sahaja.
- Mempunyai sifat-sifat antibakteria dan pelbagai vitamin serta bahan mineral, termasuk vitamin C, B1, B2, sodium, kalium, besi dan kalsium.
- Limau purut mengandungi beberapa minyak pati yang mempunyai nilai ubatan yang tinggi, antaranya Alfa, Beta-pinena, Citronella, Neral dan Limonena.

Khasiat ubatan
- Limau purut mengandungi antioksidan tinggi yang dipercayai berkesan untuk mencegah penyakit jantung dan kanser.
- Meringankan sakit kepala (migraine) dan membantu masalah kelemumur serta kudis di kepala.
- Membantu merangsang perjalanan darah dan melancarkan sistem pernafasan.
- Melegakan sengal sendi dan tulang.
- Merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa.
- Buah limau purut boleh dikeringkan untuk digunakan sebagai ubat batuk dan ubat rawatan selepas bersalin.

Patawali (Tinospora crispa)


Morfologi
Batang
- Batangnya tumbuh secara menjalar dan menggerutu.
Bunga
- Berwarna hijau muda dan mempunyai 6 mahkota yang berupa tunas. Bunganya bertukar warna menjadi merah dan putih bila matang.
Buah
- Berwarna merah muda.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Banyak terdapat menjalar di pagar dan kawasan rumah lama yang agak terbiar.
- Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit.
- Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional.
- Bahan aktif adaptogenic yang terkandung dalam pokok patawali adalah Diterpene.

Khasiat ubatan
- Batangnya digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga penyakit kelamin (gonorea).
- Dapat mengatasi masalah cacing di kalangan kanak-kanak.
- Air rebusan boleh digunakan untuk membersihkan darah dan mujarab untuk membunuh kuman serta menyembuhkan luka.
- Sejenis bahan Jattrorrhizine yang terdapat dalam pokok patawali dapat mengelakkan penyakit demam malaria dan daunnya dapat mengubati penyakit sifilis.

Stevia (Stevia rebaudiana)


Morfologi
Batang
- Mempunyai batang yang lembut, halus dan menggerutu.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 species herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea)
- Berasal dari kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika selatan dan Amerika tengah.
- Digunakan secara meluas sebagai pemanis.
- Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai Steviol Glycoside yang mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.

Khasiat ubatan
- Menurunkan kadar gula dalam darah dan tekanan darah.
- Melawaskan kencing.
- Mengurangkan keradangan dan masalah berat badan.

Naga Buana (Phyllanthus pulcher)


Morfologi
Bunga
- Mempunyai bunga merah yang halus dan berukuran lebih kurang 0.5cm panjang.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Mudah hidup dan boleh dijadikan sebagai pokok hiasan di halaman rumah.
- Pokok ini boleh tumbuh setinggi 60cm.
- Dapat hidup di tempat yang terbuka.

Khasiat ubatan
- Dapat mengubati sakit gigi, panas badan, melecur dan sakit perut.
- Air rebusan akar naga buana dipercayai dapat melegakan tekanan darah tinggi.
- Digunakan juga untuk ketumbuhan di payudara dengan menumbuk daun naga buana dengan halia dan ditampalkan pada tempat yang membengkak.

Kunyit (Curcuma longa)


Morfologi
Rizom
- Rizom kunyit berwarna coklat di luar dan berwarna oren terang di dalamnya. Ia mempunyai bau yang wangi dan munusuk hidung.
Daun
- Kunyit mempunyai daun selari dan lebar.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Kunyit ialah sejenis tumbuhan herba yang memainkan peranan penting dalam masakan masyarakat Asia.
- Membiak melalui pecahan rizom dan tumbuh di tempat lembap serta mendapat sinaran matahari yang mencukupi.
- Kunyit mengandungi 5% essential oil dan 3% Curcumin.

Khasiat ubatan
- Kunyit mempunyai sifat antiradang, antioksida, anti kanser, pelindung hati dan ia digunakan untuk mengubati tekanan darah tinggi, demam kuning, cirit-birit, meningkatkan selera makan, melegakan sakit perut, sembelit, kencing berdarah, radang ginjal dan menyegarkan badan.
- Dijadikan rawatan selepas bersalin untuk mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.
- Ia juga membantu masalah haid serta meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah.

Kari (Murraya koenigii)


Morfologi
Daun
- Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.
Bunga
- Bunganya kecil berwarna putih kekuningan.
Buah
- Buahnya kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu apabila matang.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Daun kari digunakan oleh masyarakat India bukan hanya dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperi rasam, chutney dan muruku.
- Berasal dari India dan Srilanka dan boleh hidup subur dalam zon tropika.
- Daun kari mengandungi unsur-unsur Kariofilena, Elemena, Osimena, Kadinena, Selinena, Bisabolena dan Felandrena.

Khasiat ubatan
- Boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman.
- Digunakan sebagai laksatif atau julap lemah untuk mengatasi masalah sembelit.
- Mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.
- Mengubati diabetes dengan air rebusan kulit batang yang kering dan mencegah diabetes yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan dengan amalan memakan daunnya setiap hari.

Halia (Zingiber officinale)


Morfologi
Batang
- Batang yang tegak dengan rizom yang tersebar secara mendatar.
Bunga
- Bunganya cantik dan muncul dari celah kelopak daun. Tediri dari bunga jantan dan betina.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Kebanyakan masakan melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan dan menghilangkan bau sesetengah daging.
- Halia mudah membiak melalui rizom dan hidup subur di kawasan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi serta mendapat sinar matahari yang cukup.
- Gingerols dan Oleoresin adalah antara bahan aktif dalam ekstrak halia.

Khasiat ubatan
- Merawat penyakit angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut, rheumatik dan mati pucuk.
- Melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan, membantu penghadaman makanan dan menghilangkan sendawa apabila terlalu banyak makan.
- Mengurangkan loya dan muntah bagi ibu yang mengandung.

Friday, July 30, 2010

Mas Cotek (Ficus deltoidea)


Morfologi
Daun
- Bentuk daun adalah berbeza mengikut aksesi. Daun yang besar dan bulat diklasifikasikan sebagai emas cotek betina dan yang lebih kecil dan lonjong sebagai emas cotek jantan. Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaannya manakala di bawah permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Emas cotek banyak terdapat di semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Kalimantan.
- Sejenis tanaman epifit yang hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar hanya untuk mendapatkan cahaya matahari.
- Mengandungi bahan aktif seperti Flavonoid, Tannis, Triterpenoids dan Phenol yang diperlukan oleh badan manusia.

Khasiat ubatan
- Berkhasiat untuk sistem reproduktif wanita dan air rebusan keseluruhan pokok ini diminum oleh wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim pada keadaan asal.
- Digunakan oleh wanita untuk merawat keputihan dan melawaskan haid.
- Berupaya mencegah dan menyembuhkan penyakit-penyakit seperti paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, menlancarkan peredaran darah dan rawatan sakit kulit.

Hempedu Bumi (Andrographis paniculata)



Morfologi
Batang
Berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun.
Daun
Berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di permukaan bawah.
Bunga
Kecil dan berwarna ungu.
Buah
Bersaiz purata 25mm panjang dan 3mm lebar. Pada peringkat awal, buahnya berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi coklat muda. Pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu.
Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90cm.
Andrographolide adalah juzuk major yang diekstrak dari pokok ini dan Flavonoid terdapat dalam akar hempedu bumi.

Khasiat ubatan
Boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus dan pencair kahak.
Digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar dan dapat menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan.
Mempercepatkan pembekuan darah dan sesuai untuk merawat gigitan serangga dan luka.

Set Mini Fertigasi J-Biotech Herbal Sdn Bhd

Fertigasi ("Fertigation" dalam bahasa Inggeris) adalah berasal daripada cantuman dua perkataan, iaitu "fertilization" dan "irrigation". Dalam sistem fertigasi, proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman akan berjalan serentak. Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah.

Tujuan asal fertigasi adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkit penyakit akar dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. Untuk tujuan ini, rumah tanaman atau struktur pelindung hujan (SPH) diperlukan. Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, fertigasi juga bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena hujan) dan membuatkan pemberian baja tidak berkesan.

Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi dan penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga rendah. Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.

Pakej Set Mini Fertigasi JBTH


Pakej lengkap untuk 20 pokok
- RM 280.00

Pakej lengkap untuk 50 pokok
- RM 450.00

Kelengkapan pakej termasuk:
  1. Drippers
  2. Nipper
  3. Poly pipe - 16mm
  4. Micro tube - 4mm
  5. UV polibeg- 16"x16"
  6. Media tanaman - sabut kelapa
  7. Pam mini
  8. Timer
  9. Air baja - set A & set B